Assalamualaikum WBT.
Sesungguhnya forum ini diadakan untuk menjadi satu medium bagi kita bermunaqasyah tentang kelab fasilitator, Islam, hal-hal sekolah, dan lain-lain secara santai dan ilmiah. Namun begitu, tidak pantas kita melupai hakikat bahawa matlamat utama kita berbincang dan berforum adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dan sebagai ibadah kita kepada-Nya.
Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zariyat ayat 56:
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."
Maka di sini kita wajib mematuhi segala perintah dan larangan Allah SWT termasuk menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita. SEMUA ahli forum ini diWAJIBKAN mematuhi syarat-syarat berikut, sesiapa yang didapati melanggar peraturan ini akan diban atau dikenakan tindakan atau kedua-duanya sekali.
Ketika berada dalam forum umum dan membalas pertanyaan mereka yang berlawanan jantina, sila patuhi peraturan-peraturan berikut:
Setakat ini, Private Message dibenarkan untuk memudahkan urusan antara sahabat dengan sahabat dan sahibah dengan sahibah. Jika didapati ada perhubungan peribadi antara sahabat dan sahibah melalui Private Message, kemudahan ini akan dibatalkan. Sila gunakan kemudahan ini ke arah yang diredai ALLAH Ta'ala. Sabda Rasulullah SAW:
"Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."
Ana mengadakan forum ini berdasarkan pendapat Ustaz Adni semasa Kursus UMANA' pada tahun 2008 bahawa munaqasyah ilmiah di tempat umum begini (maksudnya, boleh dibaca oleh umum) adalah dibenarkan. Juga, forum ini cuma mencontohi PeWaris Yahoo! Groups di mana sahabat dan sahibah bermunaqasyah secara ilmiah dalam suasana yang terkawal.
Kami memahami perasaan ahli yang menginginkan perbualan yang agak santai selepas penat dari sekolah, maka kami sediakan ruangan "Sembang SAHABAT" dan "Sembang SAHIBAH"; "Taaruf SAHABAT" dan "Taaruf SAHIBAH". Kedua-dua ruangan ini hanya boleh dilihat oleh ahli yang sepatutnya sahaja (sahabat untuk sahabat dan sahibah untuk sahibah). Di sini antum boleh menggunakan smiley, emotikon, gelak tawa meluahkan perasaan dan sebagainya selagi mana tidak melalaikan kita daripada tanggungjawab kita sebagai Muslim.
Sila berikan maklum balas antum. Jazakumullah.

- Gunakan ayat yang ringkas dan padat.
- Dilarang menggunakan smiley/emotikon seperti dsb.
- Dilarang menggunakan gelak tawa seperti lol, haha, hehe, huhu dsb.
- Percepatkan urusan. Reply hanya untuk urusan dan urusan sahaja. Luahan hati dan perkara yang tidak berkaitan tidak dibenarkan.
- Dilarang Private Message antara sahabat dan sahibah.
Setakat ini, Private Message dibenarkan untuk memudahkan urusan antara sahabat dengan sahabat dan sahibah dengan sahibah. Jika didapati ada perhubungan peribadi antara sahabat dan sahibah melalui Private Message, kemudahan ini akan dibatalkan. Sila gunakan kemudahan ini ke arah yang diredai ALLAH Ta'ala. Sabda Rasulullah SAW:
"Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."
Ana mengadakan forum ini berdasarkan pendapat Ustaz Adni semasa Kursus UMANA' pada tahun 2008 bahawa munaqasyah ilmiah di tempat umum begini (maksudnya, boleh dibaca oleh umum) adalah dibenarkan. Juga, forum ini cuma mencontohi PeWaris Yahoo! Groups di mana sahabat dan sahibah bermunaqasyah secara ilmiah dalam suasana yang terkawal.
Kami memahami perasaan ahli yang menginginkan perbualan yang agak santai selepas penat dari sekolah, maka kami sediakan ruangan "Sembang SAHABAT" dan "Sembang SAHIBAH"; "Taaruf SAHABAT" dan "Taaruf SAHIBAH". Kedua-dua ruangan ini hanya boleh dilihat oleh ahli yang sepatutnya sahaja (sahabat untuk sahabat dan sahibah untuk sahibah). Di sini antum boleh menggunakan smiley, emotikon, gelak tawa meluahkan perasaan dan sebagainya selagi mana tidak melalaikan kita daripada tanggungjawab kita sebagai Muslim.
Sila berikan maklum balas antum. Jazakumullah.
Tue Jun 29, 2010 3:09 am by ustazshah
» lifeline 4 gaza... apa peranan kita??
Sat May 22, 2010 11:32 pm by ustazshah
» kenapa bawak islam mesti ada tentangan??? - isu dr asri
Thu Nov 05, 2009 5:26 am by ustazshah
» Umana' tak berjalan?
Fri Sep 18, 2009 11:57 pm by ad13
» komik penghayatan Ummah dan daie
Sat Sep 12, 2009 7:13 pm by ustazshah
» permasalahan ummah zaman sekarang
Sat Sep 12, 2009 6:58 pm by ustazshah
» Sesiapa yang kurang pengetahuannya dalam ilmu Selepas Effect!!!?
Sat Sep 05, 2009 10:11 pm by SirrulAsrar
» RAMADHAN thread ver. 1430
Thu Sep 03, 2009 9:29 pm by Mokhtar
» Hizbut Tahrir......apa pendapat antum?????
Mon Aug 31, 2009 4:57 pm by ustazshah